Friday, 6 July 2012

Readers , Stalkers , Peoples

Ini cerita semalam 6 July 2012

Harini mungkin hari terakhir aku jumpa dia
Bukan la tak jumpa selama lamanya 
lepas ni dia nak pergi kejar citacita
semoga dia berjaya
semoga di balik dengan segulung sijil dploma

3 tahun je awak 
lepas tu awak nak sambung ijazah kan ?
saya tunggu lagi 2 tahun
bermakna saya tunggu awak lagi 5 tahun
time tu saya akan bangga dengan awak
sebab awak dah sampai situ
dah termakbul citacita awak 
nak stdy sampai ijazah

selama 5 tahun banyak dugaan kita
takpe , kita tempuh sama sama
bukan harini je kita kena tempuh awak

ingat ! 5 tahun tau
lama ke ?
ehh kejap jea . bak awak katakan 
awak kata time kita pergi bukit bintang tu
saya ingat tauuuu ;D

Pergi sana belajar rajinrajin
banggakan mama dan papa
banggakan dekat adik adik awak
buktikan awak berjaya 
ingat awak anak sulong 
nanti tanggungjawab awak besar 
saya percaya awak boleh

dalam masa 3 tahun ni
airmata saya berharga sangat 
so awak jangan risau
kalau air mata saya menitis pun
mungkin sebab rindu awak

awak saya akan rindu awak
awak jangan risau 
saya okey dekat sini dengan ibu
nanti saya pun nak sambung stdy
doakan saya cepat dapat tawaran yea :')

dekat sana nanti
jangan lupa solat tahu 
jangan lupa janji kita
jangan lupa mama papa
yang penting jangan lupa Allah s.w.t

Kalau awak busy nanti
saya akan faham
Kalau awak tak balas text saya
saya akan faham
Kalau awak tidur awal
saya akan faham
trust me . saya akan faham

Saya pegang janji awak
Awak pegang janji saya bby
Kita kena kuat 
Awak tak boleh lemah
Sama sama kita buktikan kita Kuat ;D

Terimakasih kerana sudi hadir dalam hidup saya
Thanks for everything
gamba tu saya akan simpan
baju sweater awak akan jadi peneman tidur saya setiap malam

Kalau saya pergi parade 
mungkin saya akan menitiskan air mata 
tapi awak kena tahu 
itu buat saya lagi kuat
banyak sangat kenangan kita

kalau saya nak cerita dekat sini 
tak terlarat
saya minta maaf kalau saya ada lukakan hati awak
dengan perkataan atau perbuatan
kerana kesungguhan awak 
saya milik awak sekarang

walaupun ibu hanya tahu kita berkawan
insyaAllah satu hari nanti saya kan bgtahu ibu
saya nak minta maaf dari pihak saya dan ibu
saya tak dapat makbul kan satu permintaan awak
awak nak jumpa ibu ?
saya minta maaf saya tak dapat nak makbulkan itu
takpe , 
nanti awak lagi sekali
saya bawak awak jumpa ibu yaa

awak , saya kuat ;D
percayalah !
saya tahu awak pun sama kuat kan ?

last from me
take care 
text or call me when you're free
i love you so much




No comments:

Post a Comment